Tuesday, February 15, 2011

mrs right

Dia – Part 1
Tahun lalu..aku memilih untuk ke langkawi…menghabiskan sisa terakhir belajar di Sintok…orang lain memilih untuk menonton World Cup aku pula memilih untuk ke Langkawi…kononnya utk membantu pelajar tapi akhirnya aku yang dibantu..apa la nasib…nak cari duit lebih…sehh..last2 kena pinjam degan orang lagi…
Tapi sebenarnya ia adalah permulaan kepada kisah KAMI…mungkin sudah ditakdirkan…sesuatu yang terjadi adalah permulaan kepada sesuatu yang lain…bagaimana aku mula mengenali si dia…
Ketika kem itu, di Sintok, si dia sebenarnya sudah lama  ada bersama aku…siap satu kumpulan lagi…tapi aku tidak menyedarinya…bahkan aku tidak pernah  akan menegur si dia…kebetulan dia adalah rakan/partner kepada kawan aku…tapi ada jugak sekali kami bertekak sapa yang lebih terer dalam math…hahahaha….dia kata aku sombong-da lama baru dia gtaw kat kat aku…bukan sombong tapi pemalu jer…lama2 baru aku tahu, yang aku telah lama diselidik olehnya dan kawan2nya…agak segan jugak…sapa la aku nie….sapa je yang kenal…kn2…hehehe…tp mungkin ada hikmahnya aku tidak bertegur sapa dengan si dia pada ketika itu…huhuhu…hampir dua minggu aku bersama dan dekat dengan dia…tapi tidak pula aku menegur atau ditegur…entah mengapa...even aku suka bergambar, dengan bergambar sakan kat atas feri, denga setiap orang aku amik gambar,  hanya satu gambar aku dengan si dia plus kawan2 dia…itupun secara tak sengaja…xsmpat pose la dlm gmbr tue kn….ish2…rugi2…
Setelah itu aku kembali bercuti…menghabiskan sisa2 cuti di rumah sebelum aku kembali ke Pulau Pinang menyambung pengajian…selamat tinggal UUM…aku masih mengikuti kisah2 ketika di langkawi dengan bbrpa knln di sana…tup2…alam maya menemukan kami…ia bermula hanya kawan biasa…bertegur hanya di alam ciptaan manusia…makin kaya tokey FB tue…kami bermula dengan baik…tapi ada satu ketika…jika si dia x0n9 aku jadi tidak keruan..kemana dia menghilang…huhuhu….tapi segan nak bagitahu…-kn dah gtaw, aku kan penyegan sket…kenyataan beb…
Dah hmpir sebulan lebih, aku macam biasa…tenang…then aku dapat bermain untuk team hoki UUM….kebetulan pulak game kat USM, Penang…dekat je la dengan maktab aku…si dia sangat berminat untuk menonton aku bermain…aku pun sgt la gembira…xpernah lagi ada org yg sggp datang jauh2 semata2 nak tgk aku bermain hoki…aku nie biase2 je main hoki…Cuma minat yang mendalam terhadap sukan hoki…nak dijadikan cerita, si dia juga peminat hoki…
Tapi kan sebenarnya, aku sempat bertegur dengan si dia hanya beberapa saat selepas game pertama aku…itu pun kebetulan aku nak naik ke atas…terjumpa dia…aku sangat kecewa…si dia dtg jauh2, dan aku hanya sempat kata hye je…huhuhu…dalam hati aku arap2 dapat jumpa dia lagi…
Kemudian, next day aku ada perlawanan lagi…time aku lawan tue, aku ada nampak si dia di kalangan penonton…selepas tamat perlawanan aku mencari si dia…tetapi si dia telah hilang…aku sangat kecewa…rupa2nya si dia juga mencari aku…sama2 mencari tapi sama2 hilang…tidak berjumpa….mungkin bukan masanya lagi…

No comments: